GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Tuesday, January 28, 2014

Dewan Ulama PAS: GST haram


Zefry Dahalan | January 28, 2014

Kerajaan perlu cari cara lain untuk dapatkan pendapatan negara.

SEREMBAN : Isu Goods Services Tax (GST) berterusan apabila Dewan Ulama PAS menyifatkan tindakan kerajaan yang bakal mengutip cukai GST adalah haram.

Bercakap dalam Wacana Liqa’ Fikri PAS Negeri Sembilan di Seremban malam kelmarin, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata kerajaan perlu cari cara lain untuk dapatkan pendapatan negara.

“GST haram. Mengikut Islam cukai hanya boleh diambil dari rakyat yang mampu sahaja. Tetapi sistem GST, kerajaan mengutip cukai dari semua lapisan masyarakat termasuk yang miskin. Ini tidak adil.

“Cukai hanya dibenarkan dalam Islam setelah negara sudah tidak ada sumber pendapatan lain.

“Malah bila ada sumber pendapatan baru, maka secara otomatik pungutan cukai sebelum itu terbatal.

“Justeru itu kerajaan perlu cari cara lain untuk dapatkan duit (pendapatan negara).,” kata beliau.

Khairuddin juga berkata umat Islam hanya wajib bayar zakat sahaja.

“Umat Islam hanya wajib bayar zakat sahaja, dan itu pun hanya mereka yang mampu sahaja.

“Walau bagaimanapun zakat tidak boleh dikutip melainkan keadaan memerlukannya,” jelas Khairuddin.

Menjawab soalan seorang peserta wacana, Khairuddin berkata berdemo merupakan sunat dan digalakkan serta mendapat pahala.

“Hadis Nabi berkata sebaik-baik jihad ialah berkata benar kepada pemerintah yang zalim,” katanya.

Apabila diminta mengulas tentang kenyataan Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berhubung kenyataan ‘dihalalkan darah golongan bughah’ mengaitkan dengan peserta bantah kenaikan harga barang pada Perhimpunan TURUN pada 31 Disember lepas; Khairuddin menyifatkan kenyataan Harussani itu songsang dan sesat.

Turut hadir ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani dan Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Sembilan, Ustaz Mohd Khairi Zainuddin.

No comments:

Post a Comment